Khamis, 23 Julai 2009

MY LOVE MOTHER


Inilah adalah mama kesayangan aku. Aku sayang sangat2 kat mama aku nie. Tanpa dia , aku takkan ada kat atas dunia nie. Dia lah yang telah memberi segalanya pada aku. Jasamu mama takkan aku dapat lupakan. Thanks mama. Budi dan jasamu takkan terbalas mama.

Majlis Pentauliahan Suksis Kat UPM


Salam, gambar nie member aku amik masa kat UPM hari tuh. Aku turut serta dalam Majlis Tamat Latihan Kor Suksis 2009. Best sanagt dapat pergi sana. Dapat makan free, Asrama free dan awek pulak tak payah bak cakap la. Memang banyak giler... Lau korang semua nak tahu, aku sekarang nie pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi. Lau budak-budak Universiti sebut jea KOr Suksis, pasti ramai tahu. Aku Sekarang nie tahun 2. Ada 1 tahun lagi untuk di tauliahkan. Aku dengar tahun aku di tauliah kat UTM, Skudai Johor. Lambat asanya nak di tauliahkan. Aku happy sangat dapat join KOr Suksis nie. Macam-macam aku dapat. Memang cita-cita aku nak jadi pegawai polis nanti. Paling kurang la jawatan Cif Inspektor. Dalam Suksis, aku dapat main senjata, belajar kawad, buat aku tambah berdisplin, buat aku bertambah berani dan aku dapat capai cita-cita awal aku untuk jadi polis. Kiranya aku ada jiwa kepolisan la dalam hidup aku.. Korang carila gambar aku dalam tuh.. lau dapat cari kira korang expert la.. huhuhuhuhuh

Khamis, 16 Julai 2009

AKU PELAJAR SULUNG UMK

Alangkah bertuahnya aku apabila menjadi pelajar sulung kepada sebuah universiti baru. Aku adalah antara pelajar perintis yang mendaftarkan diri di Universiti Malaysia Kelantan. Tanggal julai 2007 bermulalah kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa. Aku tidak dapat menggambarkan perasaan gembira aku apabila bergelar sebagai seorang mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan. Pada fikiran aku, aku tidak pernah memikirkan bahawa aku akan bergelar seorang mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan. Mengapa aku berkata demikian, hal ini kerana aku tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM. Resultnya biarlah menjadi rahsia pada diriku. Namun, apabila melihat keputusan aku berjaya di tawarkan untuk belajar di Universiti Malaysia Kelantan, aku rasa sangat gembira dan bersyukur kepada ALLAH kerana masih memberi peluang kepada diriku untuk kembali belajar. Aku membuat persiapan untuk mendaftarkan diri di UMK. Ketika itu, hanya diriku yang tahu betapa gembiranya aku apabila ramai kawan-kawan ku datang ke rumah ku untuk mengucapkan tahniah kepada diriku. Orang kampung, sahabat handai, jiran tetangga dan semua ahli keluarga ku datang ke rumahku untuk mengucapkan tahniah kepada diriku. Banyak hadiah yang ku dapat dari teman-teman, ahli keluarga atas kejayaan ku menjejakkan kai di puncak menara gading. Setelah semuanya selesai, maka hari yang di tunggu telah tiba. Aku bertolak dari rumah seawal jam 7.00 pagi untuk tiba awal di kampus Universiti Malaysia Kelantan. Aku bersama kawanku Duan mendaftar sebagai pelajar sulung Universiti Malaysia Kelantan. Setelah selesai proses pendaftaran, aku bersama dengan sahabat ku Duan, ke asrama penginapan. Setelah semuanya selesai, keluarga ku pulang maka bermulah kehidupan ku yang penuh dengan cabaran dan dugaan sebagai mahasiswa baru Universiti Malaysia Kelantan. Aku dibawah Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan. Aku kini bergelar Universiti Malaysia Kelantan dan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan. Aku berbangga dan bersyukur kepada mu ALLAH. Amin.....