Rabu, 5 Ogos 2009

FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN



Inilah fakulti yang menjadi kebanggaan aku sebagai pelajar UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. Aku berbangga dapat bergelar mahasiswa yang bernaun di bawah fakulti FTKW. Barisan pemimpin yang menerajui FTKW merupakan orang-orang yang bijak pandai dan cukup berilmu. Kesemua mereka ternyata hebat dan tiada tandingannya. Kepada siapa-siapa yang amik bidang seni masa di sekolah menengah dan di tingkatan 6, pilihlah UMK sebagai pilihan utama anda. FTKW, Melestari Warisan, Mengungguli Teknologi Kreatif....

SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN

Assalamualaikum.

Catatan nie saya tuliskan untuk saya kongsi dengan pelayar internet yang buka blog saya nie. Benda ni hanya untuk pengetahuan umum sahaja. Ianya tentang Ijazah yang di tawarkan oleh Universiti Malaysia Kelatan. So, sekarang nie aku sedang menuntut di tahun 3, UMK dalam bidang Sarjana Muda Pengajian Warisan. Ijazah nie ditawarkan selama 4 tahun 8 semester. Mungkin para pembaca tak pernah tahu akan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan nie. Ianya adalah bidang pengajian baru yang hanya di tawarkan di UMK. Dalam masa 4 tahun saya belajar, macam-macam perkara yang berkaitan dengan warisan telah didedahkan kepada saya. Ianya berkaitan dengan cara hidup, seni persembahan, pemuliharaan bangunan, tradisi lisan, arekeologi, pengajian muzium dan macam-macam lagi. Semuanya sungguh menyeronokkan. Kenapa saya boleh katakan ia seronok? Bidang pengajian ini menuntut saya untuk banyak melakukan tugasan luar dan melakukan tugas lapangan untuk mendapatkan maklumat. Dengan kaedah pembelajaran begini, saya di dedahkan dengan budaya masyarakat melayu yang begitu unik dan menarik sekali. Saya tak sabar nak habiskan pengajian saya kat UMK nie.

Selasa, 4 Ogos 2009

KOR SUKSIS SESI 2008/2009

Ini adalah barisan Pegawai Kehormat dan Pegawai Latihan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi Universiti Malaysia Kelantan sesi 2008/2009. Komandan Kor Suksis ialah ACP/KS. G 882001 PROF . IR . DR . ZAINAI BIN MOHAMED. Timbalan Komandan SUPT / KS.G / KS 82002 PROF. MADYA DR MOHAMED DAHLAN BIN IBRAHIM. Ejutan KOR Suksis DSP /KS.G / 82003 AHAMAD TARMIZI BIN AZIZAN dan Pegawai Latihan Luar ASP /KS.G / KS 82005. Pegawai Penyelaras pula terdiri daripada ASP MOHD SHAMSURI BIN MOHD ZAIN, Pegawai Latihan 1 CIF INSPEKTOR WAN JUHAREY BIN WAN YUSOFF dan PEGAWAI LATIHAN 2 CIF INSPEKTOR MOHD AZMIHRUL BIN MOKTI. Ketua Jurulatih pula terdiri daripada SM ZAKARYA BIN YAHAYA, dan barisan pelatih SJN JOHARI BIN HASSAN, SJN AB JABAL BIN MOHAMED, SJN MAT SAAD BIN LONG DAN KOPERAL MALIK BIN SALLEH. Anggota KOR SUKSIS UMK terdiri daripada 70 orang anggota yang akan ditauliahkan sebagai PEGAWAI KOR SUKSIS pada tahun 2011 nanti. Barisan KOR SUKSIS UMK ini adalah pengambilan sulung anggota KOR SUKSIS UMK. Hidup KOR SUKSIS UMK.

Assalamualaikum...

Hari nie aku nak kongsi tentang motor kesayangan aku nie. Motor nie aku beli 2 tahun lepas. Nama motor nie Yamaha RXZ Catalyzer. Comel tak? Aku jarang bawa motor nie sebab kat UMK tak leh nak bawa moto nie. Maklumlah universiti baru. Dia hadkan student yang boleh bawa motor. Lau ada sapa2 yang ada motor macm nie, leh bg comment. Kita leh tukar-tukar idea.