Rabu, 5 Ogos 2009

SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN

Assalamualaikum.

Catatan nie saya tuliskan untuk saya kongsi dengan pelayar internet yang buka blog saya nie. Benda ni hanya untuk pengetahuan umum sahaja. Ianya tentang Ijazah yang di tawarkan oleh Universiti Malaysia Kelatan. So, sekarang nie aku sedang menuntut di tahun 3, UMK dalam bidang Sarjana Muda Pengajian Warisan. Ijazah nie ditawarkan selama 4 tahun 8 semester. Mungkin para pembaca tak pernah tahu akan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan nie. Ianya adalah bidang pengajian baru yang hanya di tawarkan di UMK. Dalam masa 4 tahun saya belajar, macam-macam perkara yang berkaitan dengan warisan telah didedahkan kepada saya. Ianya berkaitan dengan cara hidup, seni persembahan, pemuliharaan bangunan, tradisi lisan, arekeologi, pengajian muzium dan macam-macam lagi. Semuanya sungguh menyeronokkan. Kenapa saya boleh katakan ia seronok? Bidang pengajian ini menuntut saya untuk banyak melakukan tugasan luar dan melakukan tugas lapangan untuk mendapatkan maklumat. Dengan kaedah pembelajaran begini, saya di dedahkan dengan budaya masyarakat melayu yang begitu unik dan menarik sekali. Saya tak sabar nak habiskan pengajian saya kat UMK nie.

10 ulasan:

  1. Assalamualikum.. boleh saya tahu peluang kerja? trima kasih

    BalasPadam
  2. Boleh saya tahu bidang pekerjaan?

    BalasPadam
  3. Boleh saya tahu bidang pekerjaan?

    BalasPadam
  4. Lamanya 4 tahunπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

    BalasPadam
  5. Boleh saya tahu bidang pekerjaan dlm kos ni?

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum . Bole saya tahu bidang pekerjaan dalam kos pengajian warisan ni ?

    BalasPadam
  7. Assalam nak Tanya sekarang kerja apa?

    BalasPadam
  8. Ape bidang pekerjaan yang Akan dapat dalam corse ni?

    BalasPadam