Khamis, 16 Julai 2009

AKU PELAJAR SULUNG UMK

Alangkah bertuahnya aku apabila menjadi pelajar sulung kepada sebuah universiti baru. Aku adalah antara pelajar perintis yang mendaftarkan diri di Universiti Malaysia Kelantan. Tanggal julai 2007 bermulalah kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa. Aku tidak dapat menggambarkan perasaan gembira aku apabila bergelar sebagai seorang mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan. Pada fikiran aku, aku tidak pernah memikirkan bahawa aku akan bergelar seorang mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan. Mengapa aku berkata demikian, hal ini kerana aku tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM. Resultnya biarlah menjadi rahsia pada diriku. Namun, apabila melihat keputusan aku berjaya di tawarkan untuk belajar di Universiti Malaysia Kelantan, aku rasa sangat gembira dan bersyukur kepada ALLAH kerana masih memberi peluang kepada diriku untuk kembali belajar. Aku membuat persiapan untuk mendaftarkan diri di UMK. Ketika itu, hanya diriku yang tahu betapa gembiranya aku apabila ramai kawan-kawan ku datang ke rumah ku untuk mengucapkan tahniah kepada diriku. Orang kampung, sahabat handai, jiran tetangga dan semua ahli keluarga ku datang ke rumahku untuk mengucapkan tahniah kepada diriku. Banyak hadiah yang ku dapat dari teman-teman, ahli keluarga atas kejayaan ku menjejakkan kai di puncak menara gading. Setelah semuanya selesai, maka hari yang di tunggu telah tiba. Aku bertolak dari rumah seawal jam 7.00 pagi untuk tiba awal di kampus Universiti Malaysia Kelantan. Aku bersama kawanku Duan mendaftar sebagai pelajar sulung Universiti Malaysia Kelantan. Setelah selesai proses pendaftaran, aku bersama dengan sahabat ku Duan, ke asrama penginapan. Setelah semuanya selesai, keluarga ku pulang maka bermulah kehidupan ku yang penuh dengan cabaran dan dugaan sebagai mahasiswa baru Universiti Malaysia Kelantan. Aku dibawah Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan. Aku kini bergelar Universiti Malaysia Kelantan dan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan. Aku berbangga dan bersyukur kepada mu ALLAH. Amin.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan